Laksamana Hang Nadim

Laksamana Hang Nadim ialah anak kandung Hang Jebat dengan isterinya Dang Wangi ataupun Dang Inangsih. Beliau adalah pahlawan Melayu Johor-Riau semasa penjajahan Portugis di Melaka. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud telah berundur dari Teloh ke Ulu Muar, kemudian menetap di Pagoh dan Bentayan. Sultan Mahmud dan keturunannya membina Kesultanan Melayu Johor sebagai asas Empayar Johor-Riau yang berpangkalan di Johor, Kepulauan Riau, Pahang . Walaupun Melaka telah jatuh ke tangan Portugis, Sultan Mahmud dan anaknya Sultan Ahmad terus menghantar tenteranya untuk menyerang Portugis di Melaka dari 1511 hingga 1526. Sultan Mahmud meninggal dunia di Kampar, Sumatera pada tahun 1528 dan dikenali sebagai Sultan Kampar.